Saturday 17 November 2012

My home town landscape







Assalammualaikum dan salam sejahtera.Terima kash kerana sudi melawat blog sy .Masa ni sy masih berada di kampung halaman (Tawau,Sabah).Masih tak puas lagi rasanya walaupun dah seminggu kat sini.Tapi nak buat camna beb...keje tetap keje..hehe.InsyAllah rabu ni balik semula ke Shah Alam.
Ari ni sy pergi ke kampung sebelah iaitu Kg Sg Lahi.Lebih kurang 1km perjalanan dari rumah saya.Dalam keadaan negara yang menuju negara maju dan melihat keadaan kampung yang masih tak terusik,rasa gembira pun ada,pilu pun ada.Gembira kerana melihat kehijauan alam dan pilu kerana keadaan nelayan yang masih lagi berada didalam serba kekurangan.Keadaan jambatan yang hanya menunggu untuk runtuh.Bot yg ntah berapa kali repair sebab dah terlalu lama digunakan.Pihak berwajib masih lagi lepas tangan untuk melihat keadaan kampung ni.Biasa la kan...4 tahun sekali baru datang jenguk (PRU je).
Apa-apa pun terserah kepada yang berwajib dan dariNya.Wassalam

No comments: