Thursday 14 February 2013

My BFF 1993/94 - 2013






















 Assalammualaikum

  Tiada yg lebih penting selain family adalah semua sahabat2ku.Banyak kenangan yg terindah tercipta walaupun hanya 2 tahun dpt bersama.Samada yang bersama dalam asrama Voka ataupun dari pelajar luar.Mungkin ada diantara kawan2 yg berfikiran "apa sangat la kawan2 kan".Tapi itulah hakikatnya.Tak semua diantara kita yang mempunyai family "sendiri" yang hidup bahagia.Ada yang duka dan ada yang suka.Bagi yang bahagia,Alhmdulillah.Semoga bahagia hingga ke syurga.Bagi yg sebaliknya,semua itu ujian darinNya.Tiada yang sempurna dalam kehidupan kita (walaupun yang tinggal di Semporna..hehe).

  Dalam kedukaan kita itulah gunanya "Kawan",lebih2 lagi yg bergelar Sahabat,Tempat kita meluah rasa,masalah dan suka kita.Tak semua apa yang kita luahkan dengan pasangan kita dia dapat dengar semuanya.Kerana kita mengenalinya hanya selepas 10 atau 15 tahun selepas zaman persekolahan.

 Tapi bagi aku "kawan sekolah" adalah segala2nya .Aku dapat mengenali hati budi mereka walaupun aku dah mempunyai ramai kawan yang "lebih" kaya,berpelajaran tinggi dan berkerjaya.Kawan sekolah lah yang mengajarku erti dunia persahabatan sejati.Dari situ lah bermulanya kehidupan sebenar iaitu cara untuk mengenali erti budi seorang insan.

 Aku hanya tahu salah satu 7 golongan manusia yang mendapat lindungan Allah di Padang Masyhar kelak
 adalah "Dua orang sahabat yang berjumpa dan berpisah kerana Allah Taala".

Maaf jika selama ni aku ada menyinggung hati dan perasaan korang selama kita ber"Sahabat".

AL FATIHAH untuk sahabat Allahyarham Hasrudin Bin Hatiba @ Tai Yuen yang pergi meninggalkan kita pada 2 Oktober 2008/2 Syawal1429H semasa berumur 30 tahun.




p/s : ayat tak power sebab BM SPM x kredit..hehe

2 comments:

nurul ezzatie zulkarnain said...

singgah follow sini ;)

Ainim Rashihah said...

Betul tu..mcm saya, sahabat yang paling rapat dgn saya seorang rakan perempuan India yang merupakan sahabat dari sekolah rendah sehinggalah sekarang..ada sorang lagi kawan Cina..dr form 4 hingga sekarang..

Bila saya sedih, mereka sentiasa ada dengan saya