Showing posts with label corat coret. Show all posts
Showing posts with label corat coret. Show all posts

Wednesday, 16 March 2016

Makan Gaji vs Bekerja Sendiri




Assalammualaikum warahmatullah 



"Ko boleh ke hidup dengan keje sendiri?gaji ko bukan dah  beribu2 ape?tak menyesal ke berenti kerje?"

Pernahkan korang kene soalan macam ni?Lebih lebih lagi apabila yang berhenti kerja tu seorang wanita yang ada Degree or Diploma.Yang terpaksa berkorban dan memberi sepenuh perhatian
pada anak-anak,suami dan keluarga amnya.

Ini disebabkan sikap kita yang menyalahkan mereka si penjual aiskrim,si pengutip sampah,si penjaja jalanan atau si pekerja kilang hanya kerana mereka malas belajar aka tak berpendidikan sehingga mereka hanya layak dapat kerja begitu?

Kenapa tak tanya diri sendiri "kenapa aku sanggup berpandangan begitu?kenapa mentaliti aku rendah?kenapa?"

Alangkah baiknya kalau kita berfikiran "walaupun dia hanya bekerja begini,mungkin amalan dia lebih bagus dari aku yang kerja kat ofis,yang dapat gaji ribu2,yang dapat EPF ratusan malahan jutaan bila pencen nanti".
Allah Taala tak akan memandang siapa ibubapamu,siapa keturunanmu,berapa gajimu,rumah ko rumah teres ke atau rumah banglo,kereta apa yang ko pakai sewaktu didunia...tetapi Dia hanya memandang hatimu dan amalanmu walaupun ko hanya dapat belajar setakat darjah 3.


Rasulullulah SAW bersabda :

"Sungguh tidak ada satu pun yang mendekatkan kalian ke syurga dan mejauhkan kalian dari neraka kecuali aku telah memerintahkannya kepada kalian,dan tidak ada satu pun yang mendekatkan kalian ke neraka dan menjauhkan kalian dari syurga kecuali aku telah melarangnya atas kalian.Dan sungguh Ar Ruhul Amin (Malaikat Jibril yang terpercaya) telah menyampaikan kepadaku bahawa tidak akan masti satu jiwa sampai ia menyempurnakan rezekinya,maka bertakwalah kepada Allah dan perbaguslah dalam mencari rezeki dan sekali kali janganlah lambatnya rezeki menjadikan kalian mencarinya dengan bermaksiat kepada Allah,kerana sesungguhnya tidak akan diraih apa yang ada di sisi Allah kecuali dengan mentaatiNya"
HR Al Baihaqi dalam Syu'bul iman dari Ibnu Mas'ud Rahiyallahu'anhu,Ash-Shahihah:2866

Jazakallah Khairan 


Penulis/Photographer Madi Torres 
Whatsapp : 011 26372283









Isteriku si Tukang Jahit


Assalammualaikum warahmatullah 

Mula-mula aku diterjah oleh soalan yang aku rasakan pelik tetapi itulah hakikat.


Apabila pemikiran dah tertulis yang kita kene ajar anak anak sampai masuk U,dapat master pastu dapat phD pastu masuk keje gomen.Dapat gaji riban2,pastu beli rumah besar,kete besar dan macam2.

Adakah anda tahu yang bekerja sebagai tukang jahit ni adalah pekerjaan Nabi Allah Idris as?Nabi Idris juga seorang penulis.Teringat lagi kisah semasa Iblis berjumpa dengan nabi Idris dalam rupa seorang lelaki tua.Selepas berakhirnya perbualan Nabi Idris mencucuk jarum ke mata Iblis.
Aku sebenarnya bersyukur sangat apabila mendapat seorang isteri yang hanya bekerja sebagai tukang jahit.Dah tentu isteri aku 24 jam kat rumah,24 jam bersama anak-anak aku.Aku dah tak risau yang aku perlu ambil anak-anak kat nursery,tak perlu risau payment yang aku kena bayar kat babysitter,tak perlu risau tentang kesihatan anak anak yang aku tinggalkan sehari suntuk.Entah dah makan entah tidak.Dan yang paling penting,semua ahli keluarga aku membesar dihadapan mata aku dan bukannya hasil titik peluh babysitter.Lagi parah kalau kita "pas" ngan mak bapak kita suruh jaga.Ermmm..mak bapak dah la susah payah besarkan kita dulu,pastu dia kena jaga anak kita pulak.Dah kira macam derhaka dah beb...huhu

Walau apapun cara kita,semua terpulang pada diri masing2.Rezeki Allah Taala itu maha luas,carilah dipelusuk dunia ni.InsyAllah rezeki untuk kita tetap ada.Rajin dengan tak rajin je sebenarnya.

Selama aku berniaga sendiri ni,dua benda je yang aku pegang.Sholat Dhuha dan Mak Bapak.Selain amalan wajib kita setiap hari.Sholat Dhuha jangan tinggalkan kerana itula pintu rezeki dan kalau boleh telefon mak bapak setiap hari.Paling kurang doakan kesejahteraan mereka didunia dan akhirat sekurang2nya 5x sekali selepas sholat.Restu Allah Taala adalah dari restu Mak Bapa kita.

Semoga apa yang aku tulis kali ni,dapat memberi manfaat untuk kita bersama.Yang baik itu dari Allah dan yang buruk itu dari diri aku sendiri.Wassalam.

Link blog isteriku si tukang jahit http://sadasuardi.blogspot.com


Penulis/Photographer Shah Alam Madi Torres 
Whatsapp : 010 5604525