Wednesday, 16 March 2016

Isteriku si Tukang Jahit


Assalammualaikum warahmatullah 

Mula-mula aku diterjah oleh soalan yang aku rasakan pelik tetapi itulah hakikat.


Apabila pemikiran dah tertulis yang kita kene ajar anak anak sampai masuk U,dapat master pastu dapat phD pastu masuk keje gomen.Dapat gaji riban2,pastu beli rumah besar,kete besar dan macam2.

Adakah anda tahu yang bekerja sebagai tukang jahit ni adalah pekerjaan Nabi Allah Idris as?Nabi Idris juga seorang penulis.Teringat lagi kisah semasa Iblis berjumpa dengan nabi Idris dalam rupa seorang lelaki tua.Selepas berakhirnya perbualan Nabi Idris mencucuk jarum ke mata Iblis.
Aku sebenarnya bersyukur sangat apabila mendapat seorang isteri yang hanya bekerja sebagai tukang jahit.Dah tentu isteri aku 24 jam kat rumah,24 jam bersama anak-anak aku.Aku dah tak risau yang aku perlu ambil anak-anak kat nursery,tak perlu risau payment yang aku kena bayar kat babysitter,tak perlu risau tentang kesihatan anak anak yang aku tinggalkan sehari suntuk.Entah dah makan entah tidak.Dan yang paling penting,semua ahli keluarga aku membesar dihadapan mata aku dan bukannya hasil titik peluh babysitter.Lagi parah kalau kita "pas" ngan mak bapak kita suruh jaga.Ermmm..mak bapak dah la susah payah besarkan kita dulu,pastu dia kena jaga anak kita pulak.Dah kira macam derhaka dah beb...huhu

Walau apapun cara kita,semua terpulang pada diri masing2.Rezeki Allah Taala itu maha luas,carilah dipelusuk dunia ni.InsyAllah rezeki untuk kita tetap ada.Rajin dengan tak rajin je sebenarnya.

Selama aku berniaga sendiri ni,dua benda je yang aku pegang.Sholat Dhuha dan Mak Bapak.Selain amalan wajib kita setiap hari.Sholat Dhuha jangan tinggalkan kerana itula pintu rezeki dan kalau boleh telefon mak bapak setiap hari.Paling kurang doakan kesejahteraan mereka didunia dan akhirat sekurang2nya 5x sekali selepas sholat.Restu Allah Taala adalah dari restu Mak Bapa kita.

Semoga apa yang aku tulis kali ni,dapat memberi manfaat untuk kita bersama.Yang baik itu dari Allah dan yang buruk itu dari diri aku sendiri.Wassalam.

Link blog isteriku si tukang jahit http://sadasuardi.blogspot.com


Penulis/Photographer Shah Alam Madi Torres 
Whatsapp : 010 5604525






2 comments:

Unknown said...

Assalamualaikum

Terima kasih atas coretan tuan.
Kirim salam pada isteri tuan ya.

Saya kak ngah. Dari Geng Jahit.
Sada pasti kenal. InshaAllah.

Terima kasih.

hamadi photography said...

Waalaikumsalam.InsyaAllah sy sampaikan :)